Kehidupan peribadi Syamsul_Yusof

Perkahwinan

Syamsul di hari perkahwinannya dengan Puteri Sarah.

Beliau berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah diadakan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan mas kahwin berjumlah RM 1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh kedua-dua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[95][96] Sekitar 2007 hingga 2009, beliau sebelum ini dilaporkan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Diana Danielle (kini isteri Farid Kamil) yang juga pernah berlakon dalam dua filem arahannya.[97][98]

Pada November 2016, Syamsul berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Puteri Sarah disahkan hamil anak lelaki.[99] Perkara gembira itu diketahui ketika membawa isterinya membuat pemeriksaan kehamilan, dua minggu lalu.[99] Menurutnya, beliau masih belum membuat sebarang persiapan kelengkapan bayi memandangkan mereka baru sahaja mengetahui jantina bayi mereka.[99] Syamsul dan Puteri Sarah pada awalnya merahsiakan berita baik itu termasuk kepada ahli keluarga kerana mahu kandungan itu betul-betul kuat.[100] Syamsul memberitahu, isterinya turut mengalami alahan muntah dan cepat penat.[100] Pada 19 April 2017, pasangan itu menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka — anak lelaki bernama Syaikhul Islam.[101][102][103][104] Pada Julai 2018, Syamsul dan Puteri Sarah mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.[105][106] Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.[107][108][109]

Kontroversi tuduhan ciplak

Pada 17 Februari 2016, Syamsul dan bapanya Yusof Haslam dan syarikat mereka, Skop Productions menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[110] Elias yang menggunakan nama pena Anne Natasha Nita telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[111][112][113]

Syamsul kemudiannya melahirkan rasa syukur apabila namanya telah dibersihkan dan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah membaca dan memiliki novel Aku Bohsia sebelum Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam diterbitkan.[114] Syamsul berkata beliau mendapat idea untuk menghasilkan skrip filem itu daripada isu semasa iaitu isu "mat rempit".[114]

Rujukan

WikiPedia: Syamsul_Yusof http://www.cinemaonline.asia/brunei/news/Article.a... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/puteri-sarah... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/syamsul-yuso... http://www.agendadaily.com/Hiburan/pengarah-filem-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kejayaan-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/syamsul-y... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/syamsul-y... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.budiey.com/filem-desolasi/ http://www.budiey.com/gerak-khas-musim-baharu-2015...